SEJARAH PMNS
(Sebelum 1941)
Datu Hakim secara tidak langsung bertindak sebagai Mufti.
(Tahun 1941)
Mufti Negeri telah dilantik berikutan penggubalan Ordinan
(Perbendaharaan Majlis Islam) melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri.
(Tahun 1955)
Penubuhan Majlis Islam Sarawak pada 1 Mei 1955.
Perlantikan Ahli Jawatankuasa Fatwa menerusi Ordinan Majlis
Islam (Pemerbadanan) (Bab 105 ).
(Tahun 1963)
Sarawak memasuki Persekutuan Malaysia. Mufti dilantik oleh
Yang Di-Pertuan Agong; manakala perlantikan Ahli Lembaga adalah
oleh Yang Di-Pertua Negeri.
(Tahun 1997)
Sebelum tahun 1997 Mufti adalah termasuk dalam kedudukan pegawai-pegawai
Jabatan Agama Islam Sarawak.
1 Januari 1997 Pejabat Mufti Negeri
Sarawak ditubuhkan secara rasminya di bawah Jabatan Ketua
Menteri Sarawak.