Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 24 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Jumlah Pelawat
597518
ZakatZakat

ZAKAT

1. SOALAN:

Asalamualaikum ustaz, saya nak bertanya pada ustaz, bolehkah kita berzakat  dengan barang, TANPA wang, contohnya, zakatnya RM5000, tapi saya bayar di Majlis Agama Islam RM 3000, bakinya RM2000 saya beli buku-buku dan dizakatkan di perpustakaan sekolah anak saya, adakah boleh?, minta penjelasan.

JAWAPAN:

Menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-76 pada 21-23 November 2006 ;

  1. Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yanag telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.

Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri  dalam perkara kebaikan adalah wajib.

Walau bagaimanapun, semasa membayar zakat di Tabung Baitulmal pihak tuan bolehlah membuat saranan supaya wang zakat yang anda bayar tersebut diagihkan juga ke institusi seperti masjid, sekolah yang tuan rasa perlu diberi bantuan.


2.SOALAN:

Saya ada sejumlah simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). . Adakah kadar bayaran zakat sebanyak 2.5% dibuat mengikut kadar pelaburan pokok atau keuntungan tahunan daripada pelaburan tersebut.? Ada yang berpendapat kadar bayaran zakat itu adalah berdasarkan pelaburan pokok manakala ada yang berpendapat berdasarkan jumlah keuntungan tahunan?

JAWAPAN:

Pengiraan Zakat saham adalah dikira berdasarkan nilai saham mengikut harga pasaran semasa setelah ditambah dengan keuntungan dengan syarat cukup  nisab dan haul.

< Kembali