Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 28 Mac 2017
Versi 8.0.1
Jumlah Pelawat
390408
PerutusanPerutusan

PERUTUSAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh serta salam sejahtera kepada  semua, khususnya  pengunjung Laman  Web   Jabatan Mufti  Negeri Sarawak.   Alhamdulillah  kita  sentiasa  dianugerahkan Allah kesihatan dan keafiatan  sehingga  memungkinkan untuk meneruskan peranan kita  sebagai  khalifah di muka  bumi Allah ini.

Kami di Jabatan Mufti  Negeri Sarawak  merakamkan  penghargaan dan terimakasih  kepada  semua pihak  yang telah memberi  kerjasama  dalam segenap segi  dalam usaha  Jabatan ini menjalankan fungsinya  secara cekap  dan berkesan.

Tahun 2015, menunjukkan perubahan yang besar pada struktur  dan fungsi Jabatan Mufti Negeri Sarawak yang telah dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan. Dulu dikenali sebagai Pejabat Mufti Negeri Sarawak dan kini  bertukar kepada Jabatan Mufti  Negeri Sarawak. Segala dasar  dan keutamaan  tetap diteruskan seperti sebelumnya  khususnya  dalam menyampaikan keputusan fatwa dan hukum kepada segenap lapisan masyarakat dengan pelbagai  pendekatan dan media. Namun  rentetan daripada  kenaikan taraf  ini, Jabatan  ini akan memulakan langkah  untuk menjadi sebuah hub penyelidikan hukum yang  lebih  komprehensif  serta  meluas dengan meningkatkan  kuantiti  dan kualiti penyelidikan. Bagi merealisasikan  hasrat  ini, mulai tahun 2015  Jabatan  akan berusaha  untuk mengisi  jawatan-jawatan kepakaran yang telah diluluskan  serta menggiatkan lagi  latihan kemahiran kakitangan. Jabatan  ini juga  akan melaksanakan dasar  kerjasama  pintar  dengan Institut  Pengajian Tinggi  tempatan untuk menjalankan penyelidikan  yang lebih  berwibawa.

Sama-samalah  kita  berdoa  semoga hasrat  dan harapan kami di Jabatan Mufti Negeri Sarawak ini akan mendapat  kejayaan  serta mencapai misi  dan visi  yang   telah  digariskan, Aamiin ya Rabbal ‘alamiin.

Sekian  dan terima kasih.

YBhg. Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin
Mufti Negeri Sarawak