Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 16 Dis 2017
Versi 8.0.2c
Jumlah Pelawat
682987
SIGHAH PENJELASAN HUKUM
Tarikh : 20 Nov 2014
 

 

HUKUM MAKAN TEMILOK DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-

a. Menurut pendapat Jumhur (Ulama Mazhab Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali) bahawa haiwan yang tinggal di dalam air  semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah Fathir ayat 12 dan Surah al-Maidah ayat 96.

b. Berdasarkan hadith Abu Hurairah yang  diriwayatkan oleh at-Tirmizi juga menjelaskan bahawa Allah S.W.T. tidak membezakan antara haiwan hidupan laut yang dinamakan oleh manusia sebagai ikan semata-mata tetapi termasuk juga babi laut yang tidak membawa maksud kepada babi yang ada.


c. Ini menunjukkan bahawa dalil-dalil di atas menyokong semua jenis hidupan laut sama ada ditangkap atau diambil semasa hidup mahu pun mati adalah halal dimakan.

d. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan termasuklah Temilok.

 

HUKUM MEMAKAN ULAT MULONG DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-

a. Islam menganjurkan umatnya memakan makanan yang halal dan baik berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah al-A’raf ayat 157.

b. Dalam mengkategorikan sesuatu itu jijik fuqaha menentukannya berdasarkan uruf masyarakat setempat. Oleh kerana masyarakat Islam Malaysia mengkategorikan bahawa ulat adalah dari haiwan yang menjijikkan (khabis) dan kotor termasuklah juga Ulat Mulong.

c. Fuqaha tidak mengharuskan berjual beli barang yang tidak suci dan tiada manfaat yang dapat diperolehi dari barang yang dijual dan sebaliknya.

d. Islam menggalakkan umatnya agar berikhtiar menyembuhkan setiap penyakit yang dihidapi tanpa membiarkannya melarat. Bahkan Islam mengharuskan umatnya untuk membuat pilihan dengan mana-mana kaedah rawatan yang bersesuaian sama ada secara moden ataupun alternatif selagimana rawatan tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam seperti larangan berubat dengan bahan-bahan yang haram dan mengandungi najis.