Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 26 Sept 2017
Versi 8.0.2c
Jumlah Pelawat
551461
INSURANS?
Tarikh : 07 Nov 2016  Sumber Berita: BAHAGIAN FATWA
 

fatwaHukum Insurans (Konvensional) Dan Hukum Mempromosikannya

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-27 pada 18 November 2015 berkenaan Hukum Insurans (Konvensional) Dan Hukum Mempromosikannya adalah seperti berikut:

i. Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad (rosak) kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
a. Mengandungi gharar (keraguan)
b. Mengandungi unsur judi
c. Mengandungi muamalah riba

ii. Hukum ke atas Insurans Am (konvensional) adalah tidak diharuskan oleh Islam.

iii. Polisi insurans (konvensional) adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana telah bercanggah dengan teori kontrak dalam Islam. Oleh kerana polisiter sebut adalah tidak mematuhi prinsip syariah, manfaat yang telah terbit daripada polisiter sebut iaitu pampasan polisi juga dikategorikan sebagai harta tidak patuh syariah.