Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 26 Mei 2017
Versi 8.0.2
Jumlah Pelawat
403483
PENJELASAN HUKUM
Tarikh : 22 Oct 2016  Sumber Berita: BAHAGIAN FATWA
 

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN PEMBAWA ATAU PENGIDAP PENYAKIT THALASSAEMIA

Setelah diteliti oleh Ahli-Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak, maka jawatankuasa ini menerima sighah keputusan seperti berikut: MAKRUH menggugurkan janin yang berumur antara 1 hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri; Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah HARUS sekiranya janin itu cacat atau berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah HARAM kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk. Sumber : Bahagian Fatwa, JMNS