Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 16 Okt 2018
Versi 8.1.2
PENGUMUMAN
Tarikh : 07 May 2018  Sumber Berita: BAHAGIAN FALAK
 

PENETAPAN AWAL PUASA RAMADHAN BAGI TAHUN 1439H/2018M

“BAGI MENYEMPURNAKAN TITAH PERINTAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, SETELAH DIPERKENANKAN OLEH DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA, PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA, MENGISYTIHARKAN BAHAWA TARIKH BAGI MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN IALAH PADA PETANG HARI SELASA, 15 MEI 2018 MASEHI BERSAMAAN 29 SYAABAN 1439 HIJRAH.

BAGI NEGERI SARAWAK, JAWATANKUASA-JAWATANKUASA YANG BERKENAAN TELAH DIPERKENANKAN OLEH MAJLIS RAJA-RAJA UNTUK MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN PADA PETANG HARI TERSEBUT ADALAH DI:-

  1. TELUK BANDUNG, SANTUBONG SARAWAK (DAMAI PURI RESORT AND SPA)
  2. TANJUNG BATU, BINTULU SARAWAK
  3. ESPLANADE LUAK, MIRI SARAWAK

MAJLIS RAJA-RAJA MEMPERSETUJUI BAHAWA CARA MENETAPKAN TARIKH PERMULAAN PUASA ADALAH BERDASARKAN KEPADA RUKYAH DAN HISAB.

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA AKAN MENGISYTIHARKAN PADA MALAM ITU JUGA TARIKH PERMULAAN PUASA YANG DITETAPKAN MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN.“