Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 20 Jan 2018
Versi 8.0.3
Jumlah Pelawat
742351
FENOMENA ALAM
Tarikh : 07 Aug 2017  Sumber Berita: BAHAGIAN FALAK
 

GERHANA BULAN SEPARA

Fenomena Gerhana Bulan Separa bakal berlaku di seluruh Malaysia pada awal pagi hari Selasa, 8 Ogos 2017M. Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini bermula dari jam 01:22 pagi sehingga jam 03:18 pagi pada 8 Ogos 2017M.

Fenomena tersebut boleh disaksikan oleh orang ramai dari mana-mana lokasi termasuk kita di negeri Sarawak.  Bagi semua pemerhati di negeri ini, tidak kira di mana sahaja mereka berada samada di Bahagian Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah mahupun di bahagian Limbang akan dapat melihat fenomena tersebut. Kenampakan gerhana bulan separa akan kelihatan di seluruh tempat di negeri Sarawak dan bergantung dengan faktor cuaca semasa. Maklumat berkaitan fenomena tersebut adalah seperti berikut-

 

 Sumber: Planetarium Negara

Sehubungan itu, semua masjid dan surau di seluruh negeri ini adalah disarankan untuk mengadakan solat sunat gerhana bulan.

1. CARA MENUNAIKAN SOLAT GERHANA BULAN

2. KHUTBAH GERHANA BULAN

3. Amalan Sunnah Dilaksana Ketika Fenomena Gerhana