Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 24 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Jumlah Pelawat
597511
ISTIWA A'ZAM ( MATAHARI DI ATAS KAABAH ) ( MEI & JULAI )
Tarikh : 13 Jul 2017  Sumber Berita: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Sarawak
 

Istiwa A'zam adalah fenomena apabila matahari berada tepat di atas titik zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini berlaku apabila nilai deklinasi matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Matahari akan mengalami istiwa dengan kaabah, ketika deklinasi matahari sama dengan latitud kaabah. Bayang -bayang objek di mana-mana tempat di bumi yang mana menerima cahaya matahari ketika matahari Istiwa di atas kaabah boleh menjadi panduan arah kiblat. Bayang yang terhasil ketika itu sedang selari dengan arah kiblat (bayang akan jatuh ke sebelah timur, arah kiblat adalah ke arah barat/ ke arah matahari).


Istiwa A'zam di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 5.28 petang waktu malaysia. Jika tahun tersebut berlaku tahun lompat, ia jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.