CARA-CARA
LEMBAGA FATWA BERFUNGSI
1)
Mana-mana orang boleh mengirim surat kepada Setiausaha Majlis,
meminta Majlis mengeluarkan fatwa mengenai apa-apa perkara mengenai
hukum-hukum atau undang-undang Islam (37[1]).
2)
Sebaik sahaja Setiausaha menerima surat itu, dia akan mengemukakannya
dengan segera kepada Pengerusi Lembaga Fatwa. (37[1]).
3)
Lembaga Fatwa akan menimbang surat yang dietrima itu, sama ada
ia sesuai untuk di bincang dalam Mesyuarat Lembaga Fatwa, (37[2]).
4)
Jika Fatwa itu dilulus dengan sebulat suara oleh Ahli-Ahli Lembaga
Fatwa yang hadir, yang berhak mengundi, dengan majlis yang cukup
Korum. Cukup Korum ialah empat orang terdiri daripada (Pengerusi
dan tiga orang ahli lain).(36[4]), maka Pengerusi hendaklah,
bagi pihak dan atas nama Majlis segera mengeluarkan fatwa mengikut
kelulusan.(37[2]).
5)
Jika Lembaga Fatwa tidak sebulat suara memutuskan fatwa itu,
maka persoalan tersebut dirujuk kepada Majlis untuk dibincang
dalam Mesyuarat Majlis. Apabila ia dilulus oleh ahli-ahli Majlis
dengan suara majoriti dengan syarat mesyuarat fatwa itu, sebagai
ganti fatwa yang tidak dapat kelulusan dengan sebulat suara
oleh Mesyuarat Lembaga Fatwa: tetapi pihak Majlis hendaklah
memberi alasan yang khas apabila ia (Majlis) merujuk mana-mana
persoalan itu kepada Yang DiPertua Negeri untuk pemutusannya.(37-[2]).
6)
Selain daripada Lembaga Fatwa, Majlis juga boleh pada bila-bila
masa atas usulnya sendiri, membuat dan menyiarkan apa-apa fatwa
atau pemutusan sedemikan. (37-[3]).