| |
LATAR BELAKANG
Secara rasminya, Pejabat
Mufti ditubuhkan dan dipisahkan daripada Jabatan Agama Islam
Sarawak pada 1 Januari 1997. Sebelum tarikh tersebut keadaan
Mufti dan institusi fatwa Negeri Sarawak adalah seperti berikut:-
- Sebelum Majlis Islam Sarawak ditubuhkan
pada 1 Mei 1955, tidak ada badan yang bertanggungjawab berhubung
hal ehwal agama Islam di Sarawak.
- Secara tidak langsung ianya diuruskan
oleh Mahkamah Datu' sehingga Majlis Islam Sarawak ditubuhkan.
- Sebelum tahun 1941, masaalah-masaalah
agama telah dirujukkan kepada Datu' Hakim yang secara tidak
langsung menjadi Mufti.
- Mufti dilantik pada 1941 dengan
tidak mempunyai Ahli Jawatankuasa Fatwa sehingga pada tahun
1955, barulah ada ahli tersebut.
- Setelah adanya ordinan (Pemerbadanan)
Majlis Islam, perlantikan Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa
diadakan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
- Pada tahun 1963, Sarawak memasuki
Persekutuan Malaysia dan Mufti dilantik oleh Yang DiPertuan
Agong atas syor Yang DiPertua Negeri. Akan tetapi Ahli Lembaga
Fatwa dilantik oleh Yang DiPertua Negeri dalam Majlis Mesyuarat.
|
Pejabat Mufti
Negeri Sarawak, Tingkat 6 Bangunan Mahkamah Syariah (Anjung Kanan),
93400 Jalan Satok, Kuching Sarawak.
Tel: 082-243173
Fax: 082-243172
Laman
ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 6.0 Resolusi 1024
x 768
Sebarang pertanyaan dan komen adalah dialukan. Sila hubungi
pentadbir laman.
Hakcipta Terpelihara @ 2003 Pejabat Mufti Negeri Sarawak.
|
|